Thursday, May 14, 2009

Laporan Penggunaan Awal Jaunty Jackalope 9.04

Salam, sudah lama sangat blog ini tidak mempunyai sebarang kemaskini. Peperiksaan akhir yang memerlukan perhatian 100% sudah pun diutamakan. Kini, cuti yang berminggu-minggu ini pasti saya akan penuhi dengan pelbagai artikel-artikel yang sudah lama bermain di dalam fikiran saya.

Okay, sampai saja di rumah tempoh hari selepas suatu perjalanan yang mengambil masa 12 jam dari bumi Perlis, saya lihat di atas rak buku bilik saya ada suatu bungkusan yang sangat saya kenal sejak dari dulu lagi. Ya, bungkusan daripada Canonicalsenyum . Apa lagi, terus saya buka dan sekali lagi ya, ia adalah keluaran terbaru bagi Distro Ubuntu. Bagi saya ini adalah suatu yang baik bagi Pos Malaysia. Bukan apa, bagi pesanan saya untuk penghantaran keluaran Intrepid Ibex 8.10 tahun lepas langsung tidak sampai pun ke rumah. Mungkin tercicir dalam perjalanan.

Dalam percubaan pertama menggunakan Live CD, saya dapati tidak ada lagi "bugs" untuk Intel Wireless Chipset 3945ABG yang menjadi masalah utama dalam keluaran Hardy dan Intrepid. Killswitch berfungsi dengan baik dan tidak ada lagi "hang" ketika mengaktifkannya.

Keterujaan untuk memasang secara terus keluaran Jaunty ni semakin membuak-buak..hehe..jom kita cari apa lagi "bugs" yang ada.sengihnampakgigi
Setelah selesai semua proses pemasangan dengan beberapa olahan bagi memantapkan paparan Ubuntu ini (baca: DISINI). Saya menyambung semula usaha pencarian "bugs".

Bagi yang pernah mencuba keluaran ini, pasti mereka akan perasan bahawa bentuk tulisan dan saiznya sedikit besar seperti keanak-anakan. Jadi bagi saya yang kurang minat dengan cara penyampaian awal Ubuntu kali ini, saya terus mengubah di bahagian "Appearance --> Fonts --> Details". Jika anda perasan, kali ini pihak pembangun telah meletakkan "Subpixel Smoothing LCD" bagi melembutkan sedikit tulisan supaya sedap mata memandang. Ini adalah sesuatu yang baru dan jika anda tahu, pada keluaran-keluaran lepas, jika anda mahu melembutkan saiz tulisan, anda terpaksa melakukannya secara manual.Selain itu, dalam ruangan "Appearance" juga, jika anda mengubah paparan latar belakang dari satu gambar kepada gambar yang lain, ada sedikit "transition" di situ (baca: fading). Ini juga sekali lagi sesuatu yang baru.

Dalam keluaran ini juga, yang saya paling minati adalah "notification" yang baru iaitu sejenis "pop-up menu" yang keluar secara perlahan-lahan di bahagian kanan atas. Pop-up ini akan keluar setiap kali anda ada mesej baru ketika menggunakan Pidgin, anda melaras kekuatan bunyi dan warna dan juga ketika anda sudah berjaya membuat sambungan ke internet.
Kita sudah sedia maklum bahawa Canonical telah menumpukan pembangunan bagi keluaran kali ini untuk mempercepat masa proses "boot" dan ini saya percaya mereka telah pun berjaya. Percaya atau tidak, komputer saya hanya mengambil masa 27.57 saat untuk sampai ke skrin "Log In". Laju bukan?encem

Bagi yang pernah membaca artikel saya ketika penggunaan Ubuntu Intrepid Ibex 8.10, pasti anda tahu bahawa 8.10 menghadapi masalah besar ketika Compiz diaktifkan dengan menggunakan Intel GMA 940/945/950 (baca: DISINI) dan sekali lagi dalam keluaran 9.04, "bugs" ini berjaya dihapuskan.
Sesungguhnya, bagi Ubuntu untuk sampai ke keluaran kali ini, ia bukanlah satu jalan yang sangat singkat. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh para pembangun dan dibantu dengan sokongan kuat para pendokong dunia sumber terbuka banyak mematangkan Ubuntu sehingga terlahirlah keluaran yang mantap seperti kali ini.Sekian.

------------------------------------
*kerja-kerja penghasilan tutorial GDM dalam bahasa Melayu sedang giat dibangunkan. Nantikan keluarannya. Akan Datang

4 comments:

Muhd Syazwan said...

KDM tk de buat ke??

ba'ang said...

KDM...x habis blaja lg..Insya Allah lepas ni ;D

Jom Linux said...

hehe..dah wat review ek..bagus2..nnti aku ingt nak wat review netbook remix.

tupsyco said...

dah try n upgrade... bug nvidia dah senang nak settle....hehe.. atheros cun...
ext4 ok ja... no prb lagi..