Tuesday, March 10, 2009

Al-Maududi & Bill Emmot

Salam...agak lama selepas Projek Kayangan yang lepas, saya mengambil sedikit masa untuk penjadualan semula susunan hidup saya. Rentetan daripada Projek Kayangan, banyak respons positif yang saya terima daripada masyarakat sekeliling dan banyak juga yang ingin beralih kepada Linux, maka sedikit masa perlu dikorbankan kepada kerja menyebarkan ilmu baru bagi masyarakat.

Cukup cerita pasal Linux dan Ubuntu

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pada Allah kerana saya pun tak tahu kenapa dalam beberapa minggu sebelum ini banyak perkara baik yang berlaku dan saya rasa memberikan impak yang terkesan dalam diri saya. Sebelum mengenali dan berjumpa dengan Abg. Hamzah, dan sebelum Projek Kayangan juga saya telah meminjam sebuah buku karangan Bill Emmott yang kalau sesiapa yang suka baca majalah Economist pasti kenal siapa dia ini.

Buku ni menceritakan perbandingan sejarah dan perkara-perkara yang berlaku pada abad ke 20 dan 21. Bagaimana kesilapan yang sama diulang oleh empayar (baca: kuasa dominan dunia) yang menguasai dunia pada satu-satu abad. Buku ini juga membincangkan perlakuan manusia yang sudah mabuk dengan kuasa (baca: hubris). Saya sendiri tak habis lagi baca, sebab kekangan masa di sana-sini. Sehingga kini saya baca, memang seronok. Bagi kita yang sukakan perihal sejarah dan falsafah cuba cari buku ini. Walaupun daripada Barat, apa yang saya belajar daripada Sdr. Fayshal melalui pembacaannya, kita mesti cuba baca karya-karya yang bukan sahaja ditulis oleh penulis Timur tetapi juga cuba baca karya daripada penulis Barat. Kerana melalui pemahaman ilmu mereka yang berbeza, kita dapat membuat perbandingan antara budaya pemikiran yang kadangkala amat penting dalam memastikan kemandirian sesuatu struktur masyarakat.

Semalam, Abg Hamzah begi saya pinjam buku ini. Saya tak ada peluang lagi nak start baca. Insya Allah nak cari masa sikit-sikit, baru boleh baca. Sudah tentu ianya karya seorang penulis, ulama
terkenal, tak sabar rasanya nak mula

Ada masa nanti saya review
Till then.

3 comments:

Jom Linux said...

haha...bagus2...aku pun suke baca buku2 cam gini. tp lebih kpd strategi cam Sun Tzu, Nepoleon Hill dan lain2. takpe, Insyallah nnti kalu Jom Linux dah besar aku lantik ko jd pemfalsafah syarikat JL. sekarang aku duk baca buku Ibnu Khaldun-Mukaddimah..nama je mukaddimah tp panjang dia tak mcm mukaddimah buku lain. :D

ba'ang said...

salam...

amcm pakej rangsangan 60 bilion? okay x? ;D

anyway, abg fahmi baca yang dh translated ke? kt library sini ada yng dalam Bahasa Indonesia ngan BI, tapi x de chance lg nak bace, nak setelkan 2 buku kat atas dlu, maybe lpas ni ;D

Jom Linux said...

salam..

aku baca ibnu khaldun terjemahan dewan bahsa dan pustaka...tp baca ayat dia nak mcm indonesia pun ada gak..eheks...

pakej rangsangan??? hmm...tak tau lah. apa yg dirangsang apa yg terangsang pun x tau..hehe..stakat ni takde komen.