Tuesday, February 10, 2009

Lompat Katak dan Demagogi Politik

salam,

Situasi sekeliling membuatkan rakyat tersepit dicelah-celah kerakusan politik pemimpin yang hanya dahagakan kuasa. Sedikit sangat politikus yang bersifat seorang negarawan yang betul-betul ikhlas memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanya memikirkan kuasa yang boleh dimiliki.

Tak tahukah anda AMANAH itu perkara yang paling BERAT?

Non Partisan

dan tidak ada juga golongan-golongan yang "non-partisan" yang boleh menjadi "kuasa ketiga" untuk meredakan kemelut politik negara (baca: Perak). Apa makna sebenarnya "non-partisan" ini? Saya sendiri baru belajar akan istilah ini, namun apa yang saya fahami "non-partisan" adalah


Non-partisan disini bermakna tidak fanatik kepada mana-mana pihak dalam amal ma’ruf nahi mungkar. Menegur kerana kesalahan bukan kerana pihak tersebut bukan daripada kumpulan kita maka semua benda yang mereka buat, hatta yang baik sekalipun dituduh salah ataupun kita diam membisu tidak mengiktiraf perbuatan baik tersebut.


itu apa yang saya petik dari laman Rausyanfikir

Saya pun tahu, dan anda juga, rakyat kini sudah muak dengan permainan politik tidak kira daripada pembangkang mahupun kerajaan yang seolah-olah tidak matang dalam hal ini. Sepatutnya perlu ada satu teguran khusus buat kedua-dia pihak yang dikeluarkan oleh satu badan yang betul-betul boleh memberi impak terus secara luas kepada mereka. Barulah mereka sedar akan perbuatan jijik mereka ini. Jijik-kah? Anda fikirkan siapa yang menjijikkan politik.

PR sendiri mahupun BN langsung tidak mengambil sikap "non-partisan" yang saya katakan tadi. Keras kepala dalam segala hal yang bertentangan tanpa sebarang penyelesaian yang boleh dibawa berbincang. Pernah saya utarakan hal ini bersama-sama rakan namun jawapan yang mudah.

Inilah POLITIK. Betul-kah?

maka tidak hairanlah, orang Melayu kini berpecah-pecah akibat manifestasi yang kadangkala lucu serta mempamerkan pergeseran mereka kepada rakyat yang akhirnya membawa kepada perpecahan yang saya sebutkan tadi.

Bukan semua manifestasi mereka tidak elok. Tetapi yang ini, anda pun tahu kan.

Mengapa di Amerika Syarikat, ketika pemilihan Presiden dahulu (baca:Parti Demokrat). Hillary Clinton dan juga Barrack Obama adalah seteru politik yang mempunyai kelas tersendiri. Namun kini, mereka boleh duduk dalam satu kabinet yang sama. Ini bukan soal lompat katak, tetapi ini soal prinsip berpolitik mereka secara amnya dan adab secara khususnya. Memang konsep politik mereka berbeza tetapi tidak bolehkah konsep ini (baca:adab dan cara) diterima pakai oleh kita?

Kenapa kita susah bersatu selepas selesai bertarung di pentas "politik"?



Saya pernah dengar pantun ini dari orang lama,

Anak Raja mencari kayu,
Kayu dibuat titi-titian;
Malang sungguh orang Melayu,
Pemimpinnya dengki-dengkian.

Kemelut Politik Perak

Dalam perkara yang terjadi di Perak, bagi saya ini memang amat memalukan bagi kita (baca:Melayu). Walaupun DAP mempunyai banyak kerusi dalam negeri tersebut (baca:Pakatan Rakyat) namun mereka tidak bising-bising jika dibandingkan dengan bangsa kita sendiri yang kadangkala sangat jumud pemikirannya sehingga menyebabkan perpaduan tergadai akibat fahaman politik yang berbeza.

Seringkali disebutkan UMNO perlu ditumbangkan kerana mereka kerajaan sekular. Saya ingin bertanya kepada anda, apakah maksud sekular itu secara khusus dalam fahaman anda? yang saya lihat, yang paling sering dilaung-laungkan adalah sekular yang begitu disempitkan dalam aspek politik sahaja. Rakyat sebenarnya kurang faham akan perkara ini. Pentas politik negara kini adalah bagi saya, cerminan kepada sekularisme itu sendiri. Bukan-kah begitu?

Saya melihat ini adalah kerana orang Melayu (baca:Malaysia) itu sendiri mengalami kekeliruan ilmu yang akhirnya mewujudkan puak-puak dalam bangsa sendiri.

Demagogi Politik Malaysia vs Demokrasi

Apa itu Demagogi? menurut Wikipedia

Demagogy (also demagoguery) (Ancient Greek δημαγωγία, from δῆμος dēmos "people" and ἄγειν agein "to lead") refers to a political strategy for obtaining and gaining political power by appealing to the popular prejudices, emotions, fears and expectations of the public — typically via impassioned rhetoric and propaganda, and often using nationalist or populist themes.

Memang kita di Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak negara kita merdeka pada 1957 lagi. Namun begitu, politik masa kini (sebenarnya dulu-dulu pun) ada mengamalkan Demokrasi yang disulamkan dengan Demagogi supaya timbul rasa perjudis dan kekeliruan kepada rakyat supaya matlamat politik pihak-pihak tertentu tercapai. Jijik tak?

Hitler sendiri mengamalkan Demagogi dalam usahanya memenangi hati rakyat supaya memperoleh kuasa.


A famous usage was by the aging Erich Ludendorff, who was for a time a strong supporter of the early rise of Adolf Hitler and Nazi Germany. After learning of Hitler's appointment as Chancellor, he expressed his disappointment to German President Paul von Hindenburg

"By appointing Hitler Chancellor of the Reich, you have handed over our sacred German Fatherland to one of the greatest demagogues of all time. I prophesy to you this evil man will plunge our Reich into the abyss and will inflict immeasurable woe on our nation. Future generations will curse you in your grave for this action."

Hitler indeed would become regarded as perhaps the epitome of a demagogue, having successfully risen to power through appeals to the ethnic and nationalistic prejudices and vanities of the German people.


Itu yang saya dapat daripada Wikipedia.

Jadi di Malaysia pun ada bukan? Ia seringkali terjadi, terutamanya ketika kempen-kempen politik sewaktu PRU mahupun PRK. Anda nak lebih tahu? Cuba baca sendiri di Wikipedia TEKAN SINI. Ini bukan tujuan menghasut tetapi kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyedarkan diri kita sendiri supaya situasi politik negara menjadi lebih baik daripada hari ini.

Siapa mahukan keganasan dan kekacauan. Saya mahukan kedamaian dan perpaduan tidak kira kaum apa pun. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sangat sayang negara ini. Anda?

2 comments:

daing said...

salam bro!

1stly thanx tlg ktorg kt UITM last 3 days..
hurmm demagogi nih words baru yang aku baru dgr dari ko.. sebagai org yang berkerja dgn "ORG POLITIK" sedikit sebanyak aku mmg kene tempias demagogi politikus malaysia ni.. aku tak nafikan yg PR dan BN sering memainkan oleh mereka dgn cara mereka yang tersendiri cuma yang nmpak berlebihan dari pihak BN (nmpak cam buyers jer!! hehe).

sentuh sikit pasal kemelut politik kat perak.. pada pengamatan aku, BN m'lakukan "desperete move" yang diketuai oleh future PM kte, DS najib "Altantuya" tun razak. dlm keadaan BN yg mana parti dominannya ditunjangi UMNO telah hilang sokongan rakyat maka die harus lakukan sesuatu sebelum pemilihan UMNO mac ni!

beb, kte generasi baru da muak dgn sume nih! kekdg aku terfikir ape yg perlu kte buat untuk merubah corak politik malaysia nih! adakah kte trus dgn permainan lama @pun kte perlukan strategi yang segar dan mantap untuk membawa malaysia ke tahap yang lain! ape pendapat ko?

ba'ang said...

Salam..thx Sdr. Daing atas komen..

kematangan rakyat dalam situasi politik negara sudah dilontarkan dalam keputusan PRU 12 yang lepas. Semua orang tahu bahawa kerajaan BN sudah boleh dikatakan hilang sokongan dan kepercayaan rakyat atau mungkinkah itu hanya sekadar satu mesej daripada rakyat bahawa BN perlu sedar bahawa mereka kini sudah lupa daratan.

dalam situasi ini, saya melihat jika benar kejayaan PR menguasai 4 buah negeri pada PRU yang lepas hanyalah atas usaha rakyat utk menyampaikan mesej kpd BN bahawa BN harus berubah, maka PR harus bijak mengorak langkah dan berhati-hati selepas ini demi memastikan kemandirian mereka dalam 4 buah negeri tersebut.

semua ini hanyalah kadang-kala permainan politik yang akhirnya menjadikan rakyat tersepit. sebagai pemimpin, tidak kira dalam BN atau pun PR, mereka patut lebih selepas ini mengurangkan sandiwara politik.

tapi macam saya katakan sebelum ini, inilah politik Malaysia, tak begitu Sdr. Daing?

suatu anjakan ilmu dalam masyarakat seharusnya berlaku, angin perubahan yang baru ini perlu ditunjangi golongan baru (baca: muda) yang pada saya tidak perlu pun yang bersifat partisan. Mentaliti rakyat kini ini jika dapat diubah maka sudah tentu politikus negara juga terpaksa mengikut kehendak rakyat yang semakin bijak mencatur masa depan negara.

kerana politik negara kini juga adalah cerminan daripada budaya ilmu dan mentaliti rakyat Malaysia itu sendiri.

Sekian.