Thursday, January 29, 2009

Log Ubuntu 8.04.1 LTS --> 8.10 & Review Kit Ubuntu

Salam..setelah hampir sekian lama, berhempas pulas dengan 8.10 ini. Akhirnya. Walaupun ada jumpa beberapa bugs dan ini adalah kali ke-3 8.10 di install kan ke dalam laptop kerana bugs yang disebutkan tadi telah mengakibatkan aku tidak boleh masuk ke dalam GNOME selepas Log In. Nanti dihujung post ini aku akan review sikit pasal bugs ni. Tapi, ia hanya berlaku pada sesetengah chipsets sahaja.

27 Jan 2009


9:45p.m.
Operasi menyalin dan backup data-data penting ke dalam partition.

9:50p.m.
Check Disk for Defects (Ubuntu 8.10 Kit)

10:00p.m.
Live Boot & Install

10:30p.m.
Selesai

12:21a.m.
Update Selesai

28 Jan 2009


8:00p.m.
Proses Pemasangan Aplikasi dan Codecs "patut ada"
  • VLC
  • Compiz CCSM
  • Remastersys
  • Songbird
  • ACPI Temp.
  • Zekr
  • Ubuntu Tweak
  • MS Fonts
  • Conky
  • Dock AWN
  • Inkscape
  • Gwibber
  • Emphaty
  • Gparted
11:45p.m.
Selesai dan aku mencuba addons Compiz yang baru bagi versi 0.7.8.
Tiba-tiba, Ubuntu hang dan freeze langsung tidak boleh masuk terus ke
GNOME. GDM dapat detect, tapi bila log in perkara sama terjadi.
Disebabkan masih baru dengan 8.10, aku merasakan aku mesti install
semula 8.10, apa yang nak dirugikan, cuma masa yang lepas terbazir,
tapi aku percaya setiap kali jumpa bugs pasti ada perkara baru yang aku belajar.

12:00a.m.
Proses terpaksa diberhentikan kerana ada hal yang lebih penting
(webcam dengan yang tersayang )

29 Jan 2009

9:00a.m.
Proses Update semula berjalan dan aku merasakan bugs ini berkaitan
dengan CCSM ataupun dengan AWN crash dengan Cairo Dock yang aku
install sebelum ini.

11:00a.m.
Cubaan Pertama CCSM
  • 3D Cube OK
  • Wobbly Windows OK
  • Zoom Desktop KO dan 8.10 hang dan freeze lagi sekali dengan jalur-jalur hijau.
12:00p.m.
Clean Install kali ke-3 dan saya membuat sedikit research berkenaan bugs
ini di launchpad. Nampaknya, memang ada bugs ini. Ia hanya berlaku pada
Intel GMA Chipsets daripada versi 940/945/950 dan juga Compiz.
Panjang dan berjela-jela penjelasan daripada developer dan juga pengguna. Ada
yang menyalahkan Compiz kerana versi terbaru ini crash dengan 8.10, tapi
pada pendapat saya terdapat bugs yang telah triggered apabila
Compiz 0.7.8 dijalankan dengan Chipsets Intel serentak (driver Xorg).
Pihak developer dah letakkan perkara ini sebagai "noted" dan akan di fixed kan.
Mungkinkah juga dalam keluaran Jaunty 9.04 bugs ini masih ada?
Boleh review bugs ini di Launchpad TEKAN SINI


Thanks for testing the update, marking as verified.

ATM there is no official i810 package for intrepid. I hope that we'll get an actual fixed driver into intrepid-updates soon. Until then you need to live without desktop effects, or go back to 8.04 LTS.


3:00p.m.
Semua proses selesai dengan beberapa pembetulan telah dilakukan.
Compiz masih boleh digunakan tetapi secara minima sahaja. Dengan
aplikasi-aplikasi yang telah aku tulis sebagai "patut ada" dalam Ubuntu itu,
aku telah packed kan semuanya dan jadikan satu imej.iso Ubuntu 8.10
supaya nanti senang nak dikongsikan dengan kawan-kawang yang setia
menanti versi baru Ubuntu (maklumlah di kampus tu internet connection
die macam kura-kura tua). Seperti Ubuntu 8.04, aku rasa dengan
tersokongnya fungsi USB Modem di 8.10 ini (tak payah pakai Wvdial) ,
maka ramailah lagi akan bertukar kepada Ubuntu di kampus aku
yang nun jauh di utara (sehingga kini, telah 4 buah laptop yang di"Ubuntu"kan).">


-------------------------------------------------------
REVIEW KIT UBUNTU 8.10 oleh Jom Linux


Okay, setelah setel semuanya, barulah boleh buat review. Semasa aku kat kampus lagi, aku dapat call daripada Ibu aku yang ada parcel dah sampai di rumah dan aku tahu itu adalah kit Ubuntu 8.10 keluaran Jom Linux.

Aku akan ringkas kan review ni supaya mudah untuk difahami. Aku juga akan bahagikan antara kritikan dan juga komen.

KOMEN

Ia dipakej kan sebagai Kit yang menarik perhatian sesiapa pun yang melihatnya. Rekaan seni bahagian depan Kit ini memang menarik dan kreatif. Kotak CD juga ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Pada bahagian dalamnya pula, ada satu buku panduan mudah dan sangat mesra pengguna. Walau orang yang tidak pernah mencuba Ubuntu pun pasti akan faham dengan arahan dan juga langkah (disertakan dengan gambar berwarna). Selain itu, terdapat juga pelekat kecil yang sesuai untuk dilekatkan di CPU desktop anda ataupun di laptop. Menarik bukan?

KRITIKAN MEMBINA

Aku memang menyokong penuh usaha Jom Linux menghasilkan kit ini secara total. Namun begitu ada beberapa bugs yang perlu di ambil perhatian bagi product release yang seterusnya. Kualiti kit memang bagus cuma potongan buku panduan kurang kemas kerana ada margin dan bleed muka surat yang tidak sama. Aku faham ini adalah produk DIY cuma next time kita sama-sama perbaiki okay. Lagi satu, pelekat pada CD lekang apabila menjadi sejuk (Fizik ni..hehehe). Mungkin kerana apabila panas CD akan mudah mengembang berbanding kertas. Tapi, ia bukanlah masalah besar, mungkin lepas ni boleh gunakan material lain yang lebih sesuai. Selain daripada itu, aku rasa dah tak ada. Semuanya baik dan berbaloi dengan nilai RM19.90.


jadi apa lagi yang ditunggu? Jom beli Kit ini di Jom Linux


3 comments:

Jom Linux said...

Salam...trima kaceh sbb menreview...mmg x dinafikan ada kecacatan dlm kit tue. ia akan dijadikan pengajran wat kluaran produk masa depan.

masalah sticker cd lekang tu ada dikesan lepas aku bwk kit tu dr rumah ke pej. pej ada airkon, jd baru prasan tntg lekang tu. jd kit brikutnya, kitaorang dah gntikan jenis label cd tu. gam dia kuat sikit.

apa2 pun trimas sbb beri komen. :D

SyaFia said...

gud review :)
aku nak buat apa pun tak leh.. sebab tak balik lagi umah ni :(

tapi as pengguna ubuntu, harap semakin berjaya la ubuntu di ipt :)

ba'ang said...

thx sbb komen :D