Wednesday, December 24, 2008

Macammane nak Buat Sticker Ubuntu Sendiri?

salam...selalukan kite tgk, desktop ataupun laptop yg dijana oleh Windows pasti akan ade letak sticker dengan slogan-slogan tersendiri, macam

Windows Vista Capable
Windows XP

dan x ketinggalan Intel dan jugak AMD

Intel Inside
AMD Athlon x64

ini semua adalah untuk me"market"kan produk mereka, jadi apalah salahnye kalau Linux nak jugak betul tak? Di Malaysia ni, aku sarankan kalau nak ada sticker untuk Ubuntu, anda boleh beli DISINI dan juga DISINI.

Jadi, kali ni selain daripada anda membeli dan menjadi pengguna, apakata anda buat sticker anda sendiri..lain dari yang lain. Anda boleh mereka bentuk dengan rasa senang hatinya tanpa sekatan.

Oke, langkah pertama.
Dapatkan design pelekat Ubuntu anda di Deviantart ataupun anda boleh create sendiri mengikut kreativiti masing2. Jadi kali ini, design daripada Deviantart akan digunakan. Boleh dapatkan ia DISINI


Setelah dapatkan design tersebut, alatan yang diperlukan ialah

Gunting
Pisau
Double Sided Tape
Selophane Tape (mengik
ut saiz design)

Langkah Kedua
Lekatkan Pita Selofan tersebut secara rapi dan cermat serta rapat. Pastikan saiz adalah sama dengan design supaya pita tersebut meliputi keseluruhan design tersebut.
Langkah Ketiga
Potong design tersebut secara cermat.

Langkah Keempat
Sekarang tiba masa untuk membuat pelekat dibahagian belakang dengan menggunakan Double Sided Tape. Setelah selesai potong juga mengikut saiz dan design secara cermatLangkah Kelima
Lekatkan!!! dan kini anda boleh menayangkan kepada pengguna-pengguna Windows diluar sana bahawa anda ada sebuah Linux Box yang menggunakan Ubuntu

Selamat Mencuba!!
*kualiti sticker buatan sendiri tidak sama dengan yang dijual kerana perbezaan material yang digunakan.
**kredit rekaan sticker
Deviantdark

2 comments: