Thursday, October 23, 2008

mcmne?

mcmne aku nk truskan ni? mcm2 main dlm kepale, betulke apa kputusan yg aku ambik 8 bulan lepas?

"bagus course ni, bnyak peluang
keje bile kau grad nnti"

ya, aku tahu mmg course ni bnyk pluang keje, memang nanti ble kluar boleh buat duit, boleh bukak company sendiri, boleh hidup senang

"nak seribu daya, tak nak..??"

Ntah, dah berape kali aku pakai azimatkat atas tu sebagai pembakar semangat aku, ha lagi satu

"takkan kau baru gagal sekali kau dah putus asa? Thomas Edisaon 1000kali failure die baru boleh invent satu bijik mentol"

tapi aku dah usaha da, bnyak sgt, tak kira penat, tak boleh belah jugak kimia aku, math ngan fizik nampaklah jugak improvement die. Kimia ni aku lemah sket. Tak tau nak wat camane lg.

kadang-kadang perasaan nih hilang, sebab aku akan mula lupakan lepas 3 hari. Mcm biasa aku jadi seperti aku yang sebelum-sebelum ni. Tapi study x pernah tinggal. Ntah kenape kimia ni.

mcm2 aku pikir lepas x bolehjwb soklan tadi. Hess' Law name die. Mmg otak aku ni lemah sket bermain dgn nombor. Tak tau kenape, sejak skolah rendah lagi. Melainkan aku buat exercise maha banyak baru boleh up sket math aku. Mod math x jadi masalah, cuma Add Math.

patutke aku drop kursus ni? tukar kursus lain. aku baru sem 1 kat sini. Tapi bila pikir balik, mcm x patut sbb mmg harapan mak bapak aku nak aku jadi engineer. Lgpun sume orang dah tahu aku buat kursus ni. Kalau aku stop tengah jalan, bnyak yg aku kene jawab nanti.
sume org yg aku syg serba sedikit

sume org yang aku syg serba sdikit menjadikan aku sbagai ikutan diorang dalam stengah2 bnde dlm hidup ni. adik beradik aku, adik angakat aku, awek aku..tak sanggup hampakan diorang. they expect much from me.

"kadang-kadang seseorang tu kene ambik satu tndakan drastik dlm hidup die demi satu masa depan yang lbih baik walaupun org sekeliling die x suke"

ayah aku yg cakap mcm tu kat aku, 2 tahun lepas , waktu tu kami tngah smbang pasal pengurusan syarikat.

"ayah dah siapkan kompeni ni utk awk, kalau awk x ambik, sape lg yg nak teruskan?"

ni pun ayah yg ckp jugak, sekarang ni aku jadi semcm takut, takut x dpt fulfill harapan diorang. Ya Allah, tolonglah hambamu ini. kadang2 aku rasa dah habis semngat nak truskan cita2 ni. rasanya nk try kursus yg lain plak yg lbih mudah. tapi mesti ade sbb knape Allah tentukan mcm ni. mgkin die nak aku ssh dulu.

hari ke hari, x putus aku doa kat tuhan supaya aku dikurniakan semangat yg kuat, semngat yg x pernah habis utk belajar.

aku tahu, jalan aku masih jauh lg. Itu aku pasti





Tuesday, October 21, 2008

kapitalis tipu


Ada 3 subjek utama dalam gambar di atas:

Pakcik gemuk dalam tuxedo yang terapung.

Pakcik kurus yang dah tenggelam.

Kapal buruk yang dah karam.



Alkisahnya begini, dulu masa laut ni tenang, pakcik gemuk tu suka bagi kredit (hutang) pada pakcik kurus. Kadang-kadang, bukan dia bagi tunai, malah kredit kad lagi.


Maka pakcik kurus yang tak pandai selok belok pasaran ekonomi ini pun belanja puas-puas duit. Ye lah, mana tak belanja sakan, iklan kat merata-rata tempat pujuk rayu meleleh-leleh pada pakcik tu! Biasalah, kan itu namanya KEBEBASAN dalam pasaran ekonomi.



Lama-lama, pakcik tu makin sedar yang dia kerja bukan untuk hidup tapi hidup untuk kerja!


Masa tu, hutang keliling pinggang. Jatuh bankrap. Pakcik gemuk itu pun kaut aset-aset pakcik kurus. Jadi makin gemuk.


Bayangkan jikalau jutaan manusia yang baghal macam pakcik kurus tu tadi.


Inilah yang berlaku di Amerika. Konon American Dream, bila New Orleans kena Katrina, dia buat macam sampah.



Krisis ekonomi ni macam kartu di atas tu la. Bila dah jutaan pakcik kurus yang muflis, maka pakcik gemuk tu pun lama-lama dah tak ada easy target untuk makan besar.



Bila satu pihak yang bersimbiosis gagal, maka berlaku ketidak seimbangan kepada sistem.


Analoginya ialah kapal tadi yang bocor sebab pakcik gemuk tu gemuk sangat! Dia tamak!


Pakcik kurus tu pulak, kurus sangat!


Bocorlah kapal buruk tu. Jatuhlah pasaran ekonomi yang bebas sebebas-bebas nafsu manusia tanpa panduan ilahi.



Cerita belum habis lagi.



Pakcik gemuk tu kononnya nak selamatkanlah pakcik kurus tu tadi daripada tenggelam dengan kapal buruk tu. Maka dia kata kat pakcik kurus:


"Ko bagi la sikit duit ko yang mana ada tu. Kalau jutaan orang macam ko bagi, mesti kita dapat selamatkan kapal buruk ni. Aku boleh beli plywood baru"



Mereka pun bagilah. Bagi dan bagi. Rupa-rupanya kena tipu lagi. Si pakcik gemuk tu beli pelampung untuk dia seorang sahaja.



Yang pakcik kurus tu makin tenggelam sebab terpaksa dukung pakcik gemuk tu.




Kesimpulan: Dah nazak macam ini pun, kapitalis nak tipu orang lagi. Kalau dah tamak tu tetap tamak jugak. Kita rakyat, haruslah kritikal kepada sistem. Bukan setakat balun pemimpin yang korup kerana kekorupan pemimpin itu lahir dari sistem yang korup juga. Tiada manusia yang betul-betul hidup dalam vakum. Seorang kapitalis diternak oleh sistem kapitalisme juga. Tamak seorang kapitalis, datang dari ketamakkan sistem kapitalisme juga. Getaran zarah-zarah ketamakkan berlaku antara ruang dan masa yang wujud dalam parameter sistem tersebut. Maka tak hairanlah mereka ini macam khinzir!

Adaptasi dari Sosialiskanan

Saturday, October 4, 2008